Tags

Home » » THE RED WARRIORS CLUB

THE RED WARRIORS CLUB

Written By Moderator on Saturday, October 8, 2011 | 9:38 PM

MUSIM 2012 bakal menyaksikan pasukan The Red Warriors beraksi dalam lebih 30 kejohanan dan perlawanan persahabatan di Kota Bharu. Pasukan juga akan beraksi di dalam perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan pada minggu pertama bulan Januari 2012.

Pasukan akan juga beraksi dalam Kejohanan di Singapura dan Kejohanan AFC yang dijadualkan bermula pada bulan Mac 2012.

Bersempena Musim 2012, The Red Warriors akan melancarkan kelab rasmi dan membuka pendaftaran ahli ekslusif The Red Warriors Club Musim 2012.

Ahli-ahli berdaftar The Red Warriors Club akan menerima faedah keutamaan mendapatkan tiket-tiket perlawanan di Kota Bharu pada harga diskaun dan pelbagai faedah-faedah sampingan.

Jangan ketinggalan, sertai kami di THE RED WARRIORS CLUB.